Sunday, August 21, 2005

kisah benar IRC


Shahirah menunggu seperti biasa. Lazimnya, dia akan bertemu dengan Hazlan tepat jam 12 malam dalam irc. Itulah kawan baiknya sejak dia mengenali dunia chatting di IRC. Pada mulanya dia memang kurang mempercayai pengunjung-pengunjung IRC kerana mereka boleh menyamar bila-bila masa tetapi Hazlan lain pula.

Dia memang jujur dan berterus-terang dalam banyak hal. Lagipun, mereka belum pernah bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya tidak berpeluang bertemu di IRC.

Namun, malam ini berbeza, Hazlan tidak muncul. Dia sering menggunakan nama 'hensemboy' manakala Shahirah pula menggunakan nama 'nurheart'. Namun, malam ini nama tersebut tidak muncul. Shahirah kecewa kerana Hazlan mungkir janji mahu bertemu dengannya di IRC.

Shahirah meninggalkan kafe siber itu dengan hati yang sedih. Selang beberapa malam, Shahirah kembali mengunjungi IRC. Hajat utamanya ialah mahu mencari Hazlan kerana sudah beberapa hari Hazlan tidak pernah menghubunginya jauh sekali memohon maaf kerana gagal memenuhi janjinya beberapa malam lepas.

Hampir sejam Shahirah berbual dengan rakan-rakannya yang lain, pada mereka juga Shahirah bertanya mengenai Hazlan namun mereka mengatakan sudah lama Hazlan tidak masuk IRC.

Apabila hampir jam 12.30 tengah malam, nama samaran 'hensemboy' muncul.

Shahirah tanpa membuang masa terus menegur Hazlan.

nurheart : Lan...

hensemboy : Ira...maaf saya tak dapat masuk malam itu.

nurheart : Awak ke mana? Kenapa tak call saya?

hensemboy : Maaf...saya tak sempat menghubungi awak. Maaf...

nurheart : Tak kisahlah. Awak sihat?

Pertanyaan Shahirah tergantung di situ. Hazlan tidak menjawab pertanyaannya dan tiba-tiba senyap. Shahirah menunggu dengan sabar namun tetap Hazlan tidak menjawab pertanyaan dan panggilan Shahirah. Dengan rasa sedih Shahirah meninggalkan IRC dan pulang dengan perasaan hampa.

"Kenapa dengan kau ni, Ira?" tanya Samirah, kawan baiknya sewaktu Shahirah melangkah lemah ke biliknya malam itu. "aku tak faham betul. Kenapa Hazlan dingin dengan aku? Apa yang telah aku lakukan terhadap dia?

"Jangan percaya sangat dengan pengunjung IRC tu. Mereka boleh menyamar bila-bila masa saja.

aku dah kata jangan terlalu rapat nanti kau kecewa,"kata Samirah. "aku berbual dengan dia malam ini tapi dia tiba-tiba hilang. Aku risaulah dengan dia, Sam," katanya sambil memegang tangan Samirah. Samirah mendiamkan diri seketika.

Sejurus itu dia menyarankan agar Shahirah menelefon rumah Hazlan. Itu mungkin boleh melegakan perasaannya yang gundah kerana sikap pelik Hazlan.

Shahirah bersetuju dengan pendapat Samirah. Dia akan menghubungi Hazlan esok selepas dia pulang dari kelas malam.

Pada malam esok selepas tamat kelas malamnya, Shahirah telah singgah ke Kafe siber. Hajat hatinya mahu berbual dengan Hazlan sekiranya dia masuk IRC malam ini. Sekurang-kurangnya dia dapat bertemu dengan Hazlan sebelum dia menghubungi rumahnya malam ini. Hajat Shahirah tercapai apabila Hazlan masuk IRC.

Shahirah tersenyum gembira apabila Hazlan telah menegurnya.

hensemboy : Ira...awak marah saya ke?

nurheart : Siapalah saya mahu marah awak, Lan. Kenapa awak macam mahu tidak mahu berbual dengan saya?

hensemboy : Saya bukan lagi seperti dulu, Ira. Tapi, perasaan saya masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual lagi seperti dulu.

nurheart : Kenapa?

hensemboy : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk IRC mahu bertemu dengan awak, ingat?

nurheart : Awak teruk ke?

hensemboy : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai....saya hilang darah yang banyak...saya tercampak di dalam semak dan saya cuba cari jalan keluar.
Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya tertinggal di tepi semak batu 6.

nurheart : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana?

hensemboy : Tidak ada siapa. Saya masih di sini...menanti orang membantu saya.

nurheart : Maksud awak?

hensemboy : Saya sudah meninggal dunia, Ira. Tolonglah cari mayat saya. Sempurnakan saya, Ira. Tolonglah.

Shahirah tersentak dan lantas meninggalkan komputernya dengan rasa takut yang amat sangat. Dia berlari menuju ke pondok telefon berdekatan dan menghubungi rumah Hazlan. Memang Hazlan seorang yang suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita menjawabnya.

Apabila ditanya, dia merupakan kakak Hazlan. Setelah memperkenalkan dirinya, dengan lembut Shahirah bertanya mengenai Hazlan. Tiba-tiba suara wanita itu menangis. Katanya, sudah empat hari Hazlan tidak pulang ke rumah.

Laporan polis sudah dibuat namun masih belum ditemui. Dengan suara yang bergetar, Shahirah berkata kepada kakak Hazlan supaya mencari Hazlan di dalam semak Batu 6. Tanpa menunggu lama, Shahirah terus meletak gagang. Airmatanya mencurah-curah bercampur sedih dan takut.


Keesokan harinya, kisah Hazlan muncul di muka depan akhbar. Mayat seorang siswa berumur 25 tahun ditemui di dalam semak kawasan Batu 6 dalam keadaan cedera parah dan mulai busuk. Motor yang ditunggangnya tercampak ke dalam gaung. Kemalangan itu ditafsir sebagai langgar lari. Shahirah melipat akhbar tersebut. Dia berjanji tidak akan mengunjungi IRC lagi. Dalam diam dia mengakui Hazlan memang menyayanginya kerana dalam keadaan begitu dia masih cuba mahu berbual dengannya walaupun dengan memberitahu berita yang sedih bahawa dia sudah tiada lagi.

Saturday, August 20, 2005



1. Fikirkan Boleh - Tidak Ada Yang Mustahil Sebelum Dicuba . Kenapa perlu mengalah sebelum mencuba? Kalau orang lain boleh melakukan, kenapa anda tidak? Inilah cogan kata yang perlu kita sematkan dalam minda dan hati kita. Dengan berpegang kepada cogan kata ini, tiada apa yang mustahil dalam hidup anda.

2. Anda bukan gagal, cuma belum berjaya. Jangan cepat melabelkan diri sendiri sebagai seorang yang `GAGAL'. Kesannya amat buruk sekali. Anda bukan gagal, tetapi belum berjaya. Mungkin anda hanya perlukan selangkah lagi untuk berjaya, jadi kenapa berhenti sekarang?

3. Berdikari - Jangan Terlalu Bergantung Kepada Orang Lain. Semua manusia dalam dunia ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Anda juga tidak terkecuali. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengenali potensi diri dan menggilapnya. Anda boleh melakukannya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Anda ada kekuatan yang tidak dimiliki oleh orang lain.

4. Berfikir Secara Kreatif. Dengan berkreatif, anda akan melihat `cahaya-cahaya' baru yang boleh menerangi `kegelapan' selama ini. Kadangkala perkara itu bukanlah sukar pun, tetapi oleh kerana anda menyempitkan pemikiran, akhirnya anda rasa terhimpit dan hilang motivasi. Oleh itu, belajarlah untuk berkreatif.

5. Bersikap Positif dan Optmitis. Langit tidak akan selamanya mendung, alam tidak akan selamanya malam. Pasti suatu ketika fajar akan menyinsing datang menebarkan sinarnya. Jangan berputus asa dengan rahmat Tuhan. Berbaik sangka denganNya dan berusahalah sehingga berjaya.

6. Berilah sedikit masa untuk berjaya. Ia seperti anda bercucuk tanam. Jika hari ini anda menyemai pokok durian, mungkin lima tujuh tahun nanti barulah anda mendapatkan hasilnya. Begitu juga dalam karier dan kerjaya. Anda perlukan masa untuk mendaki tangga kejayaan.

7. Rujuk matlamat hidup- Adakah anda di atas landasannya? Jika ya, jangan gundah gulana. Anda tidak akan tersesat selagi di atas landasan yang betul. Teruskan dengan jadual perancangan anda dan tingkatkan usaha lagi.

8. Pertingkatkan Ilmu dan Kemahiran. Mungkin bukan kerana anda tidak boleh berjaya, tetapi ada beberapa `kelengkapan' yang masih belum dimiliki. Ia adalah ilmu dan kemahiran. Anda boleh mendapatkannya melalui pendidikan formal atau tidak formal. Tetapi ada satu sistem pendidikan yang mempunyai kesan yang sangat hebat, iaitu pengalaman. Belajarlah daripadanya.

9. Fahami fitrah alam; Kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jika anda hendak menjadi seorang yang tewas, ianya sangat mudah. Jika hendak mendapatkan wang, anda perlu bekerja. Tetapi jika hendak kehilangan wang, anda boleh mencampakkannya ke mana-mana. Mudah bukan? Itulah hukum alam; kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jangan rasa lemah dan longlai semata-mata kerana ianya sukar. Mungkin itu adalah petanda kejayaan yang semakin hampir.

10. Tuhan akan bersama dengan kebenaran. Buatlah sesuatu berasaskan kebenaran, pasti Tuhan akan bersama dengan anda. Jika Tuhan Yang Sangat Berkuasa itu turut bersama, apakah lagi yang anda inginkan?"

Sunday, August 14, 2005

FRIENDSHIP



A story tells that two friends were walking through the desert. During some
point of the journey they had an argument, and one friend slapped the
other one in the face.

The one who got slapped was hurt, but without saying anything, wrote in the
sand:

TODAY MY BEST FRIEND SLAPPED ME IN THE FACE.

They kept on walking until they found an oasis, where they decided to take a
bath. The one who had been slapped got stuck in the mire and started drowning,
but the friend saved him. After he recovered from the near
drowning, he wrote on a stone:

TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE.

The friend who had slapped and saved his best friend asked him,
"After I hurt you, you wrote in the sand and now, you write on a stone,why?"
The other friend replied "When someone hurts us we should write it down in sand where winds of forgiveness can erase it away. But, when someone does something good for us, we must engraveit in stone where no wind can ever erased.

THIS IS WHAT LOVE IS ALL ABOUT



It was a busy morning, approximately 8:30 am, when an elderly gentleman in his 80's, arrived to have stitches removed from his thumb. He stated that he was in a hurry, as he had an appointment at 9:00 am. I took his vital signs and had him take a seat, knowing it would be over an hour before someone would to able to see him.

I saw him looking at his watch and decided, since I was not busy with another patient, I would evaluate his wound. On exam it was well healed, so I talked to one of the doctors, got the needed supplies to remove his sutures and redress his wound. While taking care of his wound, we began to engage in conversation I asked him if he had another doctor's appointment this morning, as he was in such a hurry. The gentleman told me no, that he needed to go to the nursing home to eat breakfast with his wife.

I then inquired as to her health. He told me that she had been there for a while and that she was a victim of Alzheimer Disease. As we talked, and I finished dressing his wound, I asked if she would be worried if he was a bit late. He replied that she no longer knew who he was, that she had not recognized him in five years now.

I was surprised, and asked him. "And you still go every morning, even though she doesn't know who you are?" He smiled as he patted my hand and said. "She doesn't know me, but I still know who she is." I had to hold back tears as he left, I had goose bumps on my arm, and thought, "That is the kind of love I want in my life".

True love is neither physical, nor romantic. True love is an acceptance of all that is, has been, will be, and will not be. With all the jokes and fun that are in e-mails, sometimes there are some that come along that have an important message, and this is one of those>kind. Just had to share it with you all.

Oh, by the way, peace is seeing a sunset, and knowing who to thank. "The happiest of people don't necessarily have the best of everything; they just make the best of everything that comes along their way." Please share this with someone you care about - I JUST DID.

Friday, August 12, 2005

Sejarah penting sepanjang Rejab

PENGHIJRAHAN pertama orang Islam ke Habasyah (Ethiopia) ketika Quraisy menindas mereka adalah antara peristiwa penting yang berlaku pada Rejab, bulan ketujuh dalam kalendar Islam.

Dalam peristiwa ini, enam sahabat termasuk empat perempuan memulakan penghijrahan itu.

Ia dimulai Usman bin Affan berserta isterinya Ruqayyah binti Rasulillah; Abu Huzaifah dan isteri, Abu Salamah dan isteri; Az Zubair; Abdur Rahman bin `Auf; Usman bin Mazd'un; `Amir bin Rabi'ah dan isteri; Abu Busrah bin Abi Raham; Hatib bin Umar; Suhail bin Wahab dan Abdullah bin Mas'ud.

Mereka keluar dari kota Makkah pada tahun kelima selepas pelantikan Rasulullah. Pada Rejab, bulan yang kini dilalui oleh umat Islam, turut mencatatkan perutusan Abdullah bin Jahsh Al Asadiy ke Nakhlah pada bulan ke-17 selepas Hijrah. Peristiwa penting lain pada Rejab termasuk:-

l Peperangan Zi Ushairah' pada tahun kedua Hijrah di kawasan antara Makkah dan Madinah kerana menyekat satu kafilah perdagangan Quraisy yang hendak ke Syam. Tetapi, tidak berlaku sebarang pertempuran kerana kafilah itu terlepas lari.

l Peperangan Qaradah' yang diketuai oleh Zaid bin Harithah. Ia disertai 100 orang bertujuan menyekat satu rombongan perniagaan Quraisy yang menuju ke Iraq. Gerakan itu berhasil menyekat dan menawannya termasuk beberapa harta dan perak.

l Perutusan sekumpulan tentera pimpinan Abu Ubaidah bin Al Jarrah ke Zi Qussah pada tahun keenam Hijrah yang disertai 40 orang. Ia adalah menggertak dan mengajar Bani Tha'labah yang bersiap sedia untuk menyerang Madinah.

Ketika tentera Islam tiba di sana didapati hanya binatang ternakan yang ada, lalu dibawa pulang ke Madinah. Tiada peperangan berlaku.

l Perutusan Zaid bin Harithah yang diketuai Rasulullah pada tahun ketujuh Hijrah ke tempat yang diduduki oleh orang Yahudi seperti Khaibar, Fadak dan Taima' bagi menggertak mereka. Mereka akhirnya membuat perjanjian damai dengan Rasulullah seperti dilakukan oleh penduduk Yahudi Khaibar.

l Peperangan Tabuk pada awal Rejab tahun kesembilan Hijrah. Ia juga dinamakan peperangan kesukaran (al Usrah). Peperangan itu dibiayai oleh sahabat, termasuk Abu Bakar yang menafakahkan semua hartanya iaitu 4,000 dirham. Umar membelanjakan separuh hartanya dan Usman yang membiayai sepertiga daripada tentera itu dengan jumlah paling banyak.

Begitu juga sahabat wanita yang turut sama membiayai tentera dengan membawa harta benda dan mas kahwin mereka.

Bagi sahabat yang tiada berharta, mereka meminta Nabi haiwan tunggangan untuk bersama menyertai peperangan itu, tetapi Rasulullah tidak mendapati binatang tunggangan bagi mereka.

Beberapa sahabat tidak dapat menyertai peperangan itu termasuk Ka'ab bin Malik, Hilal bin Umaiyah dan Murarah bin Ar Rabi'e.

Baginda bersama 30,000 sahabat berserta 10,000 kuda dan 12,000 unta menuju ke Tabuk.

l Pembukaan Damsyik pada tahun ke-14 Hijrah (630 Masihi) secara perdamaian.

Abu Ubaidah dan Khalid bin Al Walid mengepung bandar itu sejak Raibulakhir tahun 14 Hijrah. Akhirnya, penduduk bandar itu bersetuju berdamai dengan membayar separuh daripada hasil gereja, rumah kediaman serta mereka dijamin melakukan sebarang ibadat.

Begitulah perdamaian yang dilakukan oleh orang Islam dengan membiarkan sesuatu masyarakat yang ditakluki mereka untuk melakukan ibadat dengan bebas, menjamin keselamatan diri dan harta mereka, yang akhirnya mereka dapat memahami ajaran Islam dengan baik.

l Pengembalian Baitulmaqdis kepada orang Islam apabila Salahuddin Al Ayyubiy memasukinya pada Jumaat 27 Rejab tahun 583 Hijrah (2 Oktober 1187).

Kemenangan tentera Islam yang dipimpin oleh Yusuf bin Tashfin, ketua pasukan Murabithin dan Al Mu'tamid bin `Abbad, pemimpin tentera Andalusia di peperangan Az Zallaqah.

Peristiwa itu berlaku di bumi Andalusia pada Jumaat, 12 Rejab tahun 479 Hijrah (23 Oktober 1086).

Mereka mengalahkan tentera salib diketuai oleh Al-Fonso Keenam raja Qashtalah.

Saturday, August 06, 2005

kiSah pedOman

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia
menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal
kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu
sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk
kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat
kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. Insya Allah".

WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS
PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA HAMBA.